Sejarah Penubuhan

Tadika As' Syafia ditubuhkan pada tahun 2006. Nama As' Syafia adalah sempena nama pengasas tadika itu sendiri, Puan Zaitun @Shafiah bte Ali. Nama itu juga berasal dari perkataan Arab 'syafiah' yang bermaksud penawar.

Zaman moden ini masih terdapat kanak-kanak yang keciciran dalam pembelajaran Asas Pendidikan Awal Pra-sekolah. Bukan itu sahaja, kebanyakan ibubapa juga kesempitan masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Dengan itu, kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang akan lebih terabai, malah mereka akan mudah terjejas kepada gejala sosial seperti penagihan dadah, pergaulan bebas dan juga jenayah di masa akan datang. Atas sebab-sebab inilah maka Tadika As' Syafia ditubuhkan bagi tujuan mendidik/mengasuh kanak-kanak dan juga membantu para ibubapa dalam menyelesaikan pelbagai masalah seperti ketiadaan pembantu rumah yang prihatin, belaian kasih sayang, didikan asas agama, peradaban, pembelajaran awal kanak-kanak dan sebagainya.

Penubuhan tadika ini bukanlah mudah pada awalnya. Terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi, baik dari segi pendaftaran mahu pun tenaga kerja. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kerjasama dan sokongan ahlli keluarga, para guru dan juga ibubapa, maka tadika As' Syafia ini berjaya ditubuhkan.

Sistem pendidkan yang dijalankan adalah berdasarkan garis panduan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika ini juga menyediakan ruang pembelajaran yang selesa dan juga tempat rekreasi kanak-kanak yang luas dan pelbagai. Dengan kelengkapan ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat belajar dengan seronok malah mereka juga boleh bermain sambil belajar dengan selamat dibawah jagaan para guru yang bertauliah dan berpengalaman.

Perhatian!

1. Selamat datang ke laman web ini. Pendaftaran untuk sesi tahun 2011 telah dibuka. Sila hubungi Pn Zaitun di 012-9249379. Sekian terima kasih

Login

User Name
Password